Bismillahirrahmaannirrahim. Dengan menyebut nama Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang.
Diam tak diam, dah tiga bulan jugak aku pegang title employee
dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Almaklumlah umur dah meningkat tapi fizikal maintain kecik pon masih tak sedar-sedar diri lagi nak mintak
ibuabah tanggung hidup… hailaa~ =_=’
![]() | |
|
Dan walopon kerja yang aku dapat sekarang ne taklah mengikut
qualification yang aku ade, tapi Alhamdulillah, aku bersyukur sebab at least
aku ade jugak income yang masuk dalam bank tetiap bulan. Daripada aku tanam
anggur yang hidup-segan-mati-tak-mahu kat umah tu, wat perabih beras je orang
dolu-dolu kate. Hasil takdak pon. Hohoo.
Memembe aku yang sama-sama grad aritu ramai lagi yang tak
dapat keje. Aku cume bole tumpang kesian jela.. Nak tolong lebih-lebih, aku pon
baru merangkak nak belajar hidup sendiri... Hehe..
Alhamdulillah, dalam tiga bulan aku keje, aku dah boleh tolong
Incek Abah and Puan Ibu sikit-sikit. Orang kata, tolong ringankan bebanlaa..
sebelum-sebelum neh aku sedar, akulah antara anak-anak dorang yang paling baik demand sekali...
Ingat balik time-time belajar dulu, yang aku tau sume bende HARUS-MESTI nak kene ade. Yang kene
sediakan sape.??? Opkosla Incek Abah dan Puan Ibu kan… and walopon diorang tak
cukup makan, tak cukup keperluan kat umah (eventhough mereka tak
pernah cakap, tapi aku taula. cume wat-wat taktau je… terukkan aku neh
=_=..iskk), tapi diorang tak pernah cakap TAK ADE bile aku mintak…
paling-paling pon Puan Ibu akan cakap “Inshaa Allah, nanti ibu usahakan..” betape
besar kasih ibu dan abah dalam mencukupi keperluan anak-anak…
Dan aku memang takde hatilah kalo aku tak menangis setiap kali
nak mintak Puan Ibu duet bile aku sangat-sangat perlu (perlu ke.??? O.o?).. Ini
nanges bukan sebab nak wat drama supaya bole dapat duet, tapi sebab tahu Puan
Ibu pon belum tentu cukup duet nak bagi aku.. (!___!) sedangkan aku pon tahu,
adik-adik aku ramai lagi yang masih belajar dan perlukan duet..
Dan kini….. terase berat beban yang selame neh Incek Abah dan
Puan Ibu tanggung, aku pon dah boleh amek alih sikit. Walopon sikit duet yang
aku dapat bagi, tapi hati aku lapang setiap kali aku tengok Puan Ibu dan Incek
Abah tersenyum.
Puan Ibu selalu kata, bile dah kerja, jangan lokek duet gaji
untuk hulur pada ibu abah walopon sekadar 10hingget. Sebab bukan sikit atau
banyak nilai yang Allah kire, tapi keberkatan dari keredhaan yang ibu dan abah
beri pada kite.
![]() |
| credit pix from mista gugel |
Seorang ibu atau bapa akan gembira jika
anak-anak tidak melupakan mereka dan melayani mereka dengan baik apabila mereka
sudah tua.
Seperti sabda Nabi Muhammad saw :
"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa (riwayat Tirmidzi)
Seafdal-afdal manusia adalah mereka yang merasai penderitaan ayah dan ibu semasa kecil dan mereka yang member nikmat hidup kepada keduanya. (Imam Tirmidzi)
Berbuat baiklah kamu kepada kedua ibu bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu."
Terima kasih ibu abah kerana mampu membesarkan, mendidik dan
menyediakan keperluan kami adik-beradik dengan cukup sempurna sehingga kami
menjadi orang yang berguna Inshaa Allah didunia dan akhirat. Inshaa Allah juga,
jasa dan usaha ibu dan abah takkan kami sia-siakan. Teruslah mendoakan kami
menjadi anak-anak yang soleh solehah dan cemerlang di dunia dan akhirat. Amin.
“Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, rahmatilah dan peliharalah mereka sepertimana mereka memeliharaku semasa kecil. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Sekadar renungan…
Rasulullah
s.a.w bersabda dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim:
“Seseorang anak tidak mampu untuk membalas jasa kedua orang tuanya kecuali apabila dia mendapati mereka itu menjadi hamba sahaya, maka dia membeli mereka dan membebaskan mereka.”


No comments:
Post a Comment