Bismillahirrahmaannirrahim~
Hari ni aku terima satu warkah… warkah yang penuh dengan harapan dan doa…
Warkah dari Adindaku yang
jauh dimata tetapi sentiasa ada untukku,
“Diantara tanda-tanda kebesaran-Nya, dia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram disampingnya dan dijadikan antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semua itu menjadi tanda-tanda bagi orang yang berfikir.” (Ar-Rum: 21)
Renung-renungkan..~
Mohonlah petunjuk
Allah dalam setiap perkara yang ingin kita hadapi pada masa hadapan, dan Dia
adalah sebaik-baik perancang.. Kadang ada perkara yang kita tak suka tapi itulah
yang baik untuk kita. Kadang ada perkara yang kita suka sedangkan itu buruk
untuk kita dan agama.
Muhasabah diri,
setiap dari kita adalah Khalifah Allah, jelaskan Matlamat sebenar kita hidup
atas dunia ini.
Nikah itu
ibadah, jalan kearah pernikahan itu indah sekiranya disandarkan sepenuhnya pada
Yang Maha Esa. Ianya melibatkan urusan akhirat kita. Sekiranya jalan yang kita
pilih itu semata-mata mengharapkan redha-Nya, inshaa Allah Dia akan permudahkan
semua urusan kita..
Baitul muslim hanyalah sandaran, Baitul dakwah itulah yang
paling utama.
Belajar dari
sekarang untuk tekan butang ‘pause’ dari berhibur, kerana hiburan yang paling
indah adalah di syurga Allah kelak.
Teguran ini
perkongsian dari saudaramu di dunia yang mengasihimu kerana Allah.. bukan hanya
sebagai perkongsian, bukan hanya sebagai peringatan, bukan jua untuk difikirkan
tetapi jua untuk diambil tindakan.
Berhijrahlah saudaraku~
bersedialah untuk diuji dengan ujian yang lebih hebat kelak, kerana itulah
tujuan kita dihidupkan atas muka bumi ini. Moga-moga Islam menemui kemenangan
dengan adanya insane-insan hebat yang berjuabg demi Islam… Amin!!
Kekandaku sayang,
aku kasih kepadamu kerana Allah.. moga kau menjadi insan solehah yang
cemerlang! Amin3 =’)
Jauh aku menung di depan pc.
Aku mati kata-kata. Otak terus ligat berfikir dan berfikir…

No comments:
Post a Comment