TIP.TOP

easy statistics
Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 17, 2012

DILEMMA DI PAGI HARI BEKERJA~


Situasi yang HARUS aku hadapi setiap kali lepas bangun pagi sebelum nak pergi keje…

.: Bukak wardrobe. Tenung baju-baju yang tergantung sambil suara halus dalam kepala berkata-kata…

‘baju yang tu dah pakai minggu lepas. Baju ni pon da pakai 2ari lepas. Baju tu macam baru pakai minggu lepas jugak.. eh yang ne bile last pakai ek….. yang tu lak… kaler ne….… bla bla bla…. =_=’

pix credit to Mista Gugel~


Urghh… Benci.! Benci.! Benci.! >_<’ walopon baju aku berlambak dalam wardrobe tuh, tapi aku dah tak tau nak pakai baju apa lagi. Arghhhh….. keje kerajaan macam nilah… Langsung takde choice. Memang semedang je kene pakai baju kurung…

Pahamlah aku kenapa akak aku boleh ade sampai 4 ampai penuh baju kurung sahaja kat umah die. Sekali lagi, 4 AMPAI PENUH BAJU KURUNG SAHAJA.!! oke… banyak tak banyak.?? Itu belum nak kire kasut lagi…. =_=’

Isk… apelah naseb. Setiap pagi hah pale aku pikir bende yang sama je… Bukan pening pikir nak setelkan keje ape kat opis, tapi stress memikir nak pakai baju ape... mau botak jugak kepale neh kalo pikir hari-hari…T__T

Baju-baju kurung yang aku ada tuh pon da rotate ntah bape jutaribu ratus puluh kali dah. Sampai aku terpaksa korek balik stok-stok baju kurung lama yang aku rase masih bole di pakai lagi… tu pon siap bole TERbukak hikayat terkenang memori dulukala bersama baju kurung lagi… hoho..

Hailoh, kalo lah baju-baju kurung neh bole bertukar corak-kaler sendiri ke... tak pon bole gayakan dengan style-style yang nampak laen sikit ke kan bagus… =_=’ takdelah orang tengok aku neh dupliket dua tiga kali…

Sampai ade yang kata macam dejavu lak tengok aku sebab dah penah nampak aku pakai baju yang sama dua tiga kali.! ohhh…oke, saya seorang yang sangat kolot dan tidak pandai bergaya.! *sigh~ >_<’

Kalo ikot Incek Abah kata “Hallaaaahh…. Pakai je. Bukan ade orang nak halau balik pon.” Dengan nada sarkastiknye… sob2x T__T itulah lelaki.!! tak paham langsung dilemma yang dihadapi perempuan... ke aku sorang je yang rasa gitu.??? o.O?

Huwaaa~~ ibu, cek na buat baju kurung baru lagi bole tak.??? Sob2x T_T

Friday, December 14, 2012

Red Modani Promosi 2 Pasang RM60 sahaja.!!


Bismillahirrahmaanirrahim~ Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~

Eksaited neh.!!

Seriyus, ini bukan cerita tipu.!! >_<.!! Cawangan Red Modani kat Plaza Kotaraya Jalan Trus Johor Bahru tengah wat promosi weyh.!!!! Beli 2 pasang kasut dengan harga RM60 sahaja.!! Wedges dan high heel maaa.!! Err…pade yang tak minat tuh, kasut sarung and flat pon ade promosi… 20 percent less.! Affordable sangat-sangat… bling-bling tak mata.?? Hahaaa..

Promosi penghabesan stok mungkin… tapi bagi penggiler shopping kasut macam aku neh, memanglah aku takkan lepaskan langsung peluang neh.! hOyeahhh.! ^_^v

Aku tak pasti sampai biler promosi neh ade, tapi yang aku tau, die baru je open shop semalam (13 December 2012). Almaklumlah.. dua tiga bulan yang lepas, Plaza Kotarayakan sedang dalam mood meng’make-over’kan wajah dan style baru yang lebih moden dan eksklusif. So, belum ade banyak kedai lagi yang bukak kat dalam tuh.

Dan alang-alang arine hari Jumaat, lunch hour aku ade dua jam setengah. Kaki lak memang dah gatal nak berjalan ke tempat-tempat yang berpotensi untuk meng’kempis’kan purse… dan Kotaraya lah halatujunye…btw, yeah!! saye seorang kaki-shopping-susah-mati punye olang.!! \(^_^)/ huhu.

Aku ngan sorang akak satu opis tuh lepak, pusing-pusing, tarik rambut berebut kasut dengan orang lain, men’cube-try-test’ dan catwalk bagai dengan kasut-kasut kat situ selama hampir sejam lebih kowt…..

Sebabnye…………

Kteorang memang rambang mata sampai tak tau nak pilih kasut yang mana satu.!! Seriyus cantik-cantik.!! >_<’ sampai promoter tuh pon dah sengih kambing jek tengok ragam kteorang. Tapi naseb je die tak wat muke ketat-kelat-masam-annoying... kalo tak memang kteorang blah gitu jelah… heheh ^___^v

Tapi…. Tapi… tapi…. Dah banyak kasut yang takde size.!! Wuwuwuu~ kan aku dah cakap… promosi penghabisan stok. Memanglah susah nak jumpa size aku…. Sob-sob~~ T_____T

Tetapi walaubagaimanapun….
(err…abaikan penggunaan tatabahasa yang ntah betul ntah tak neh =_=’)


Hasilnye…………


tadaaaa.!!  \(^_^)/






memang dua pasang kasutlah aku dapat.!! Tehee~

*haish~  lepas neh kene jimat dah >_<

KERJA YANG BERKAT DARI REDHA IBU BAPA

Bismillahirrahmaannirrahim. Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Diam tak diam, dah tiga bulan jugak aku pegang title employee dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Almaklumlah umur dah meningkat tapi fizikal maintain kecik  pon masih tak sedar-sedar diri lagi nak mintak ibuabah tanggung hidup… hailaa~ =_=’

credit pix from mista gugel
Dan walopon kerja yang aku dapat sekarang ne taklah mengikut qualification yang aku ade, tapi Alhamdulillah, aku bersyukur sebab at least aku ade jugak income yang masuk dalam bank tetiap bulan. Daripada aku tanam anggur yang hidup-segan-mati-tak-mahu kat umah tu, wat perabih beras je orang dolu-dolu kate. Hasil takdak pon. Hohoo.

Memembe aku yang sama-sama grad aritu ramai lagi yang tak dapat keje. Aku cume bole tumpang kesian jela.. Nak tolong lebih-lebih, aku pon baru merangkak nak belajar hidup sendiri... Hehe..

Alhamdulillah, dalam tiga bulan aku keje, aku dah boleh tolong Incek Abah and Puan Ibu sikit-sikit. Orang kata, tolong ringankan bebanlaa.. sebelum-sebelum neh aku sedar, akulah antara anak-anak dorang yang paling baik demand sekali...

Ingat balik time-time belajar dulu, yang aku tau sume bende HARUS-MESTI nak kene ade. Yang kene sediakan sape.??? Opkosla Incek Abah dan Puan Ibu kan… and walopon diorang tak cukup makan, tak cukup keperluan kat umah (eventhough mereka tak pernah cakap, tapi aku taula. cume wat-wat taktau je… terukkan aku neh =_=..iskk), tapi diorang tak pernah cakap TAK ADE bile aku mintak… paling-paling pon Puan Ibu akan cakap “Inshaa Allah, nanti ibu usahakan..” betape besar kasih ibu dan abah dalam mencukupi keperluan anak-anak…

Dan aku memang takde hatilah kalo aku tak menangis setiap kali nak mintak Puan Ibu duet bile aku sangat-sangat perlu (perlu ke.??? O.o?).. Ini nanges bukan sebab nak wat drama supaya bole dapat duet, tapi sebab tahu Puan Ibu pon belum tentu cukup duet nak bagi aku..  (!___!) sedangkan aku pon tahu, adik-adik aku ramai lagi yang masih belajar dan perlukan duet..

Dan kini….. terase berat beban yang selame neh Incek Abah dan Puan Ibu tanggung, aku pon dah boleh amek alih sikit. Walopon sikit duet yang aku dapat bagi, tapi hati aku lapang setiap kali aku tengok Puan Ibu dan Incek Abah tersenyum.

Puan Ibu selalu kata, bile dah kerja, jangan lokek duet gaji untuk hulur pada ibu abah walopon sekadar 10hingget. Sebab bukan sikit atau banyak nilai yang Allah kire, tapi keberkatan dari keredhaan yang ibu dan abah beri pada kite.

credit pix from mista gugel

Seorang ibu atau bapa akan gembira jika anak-anak tidak melupakan mereka dan melayani mereka dengan baik apabila mereka sudah tua.

Seperti sabda Nabi Muhammad saw :

"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa (riwayat Tirmidzi)

Seafdal-afdal manusia adalah mereka yang merasai penderitaan ayah dan ibu semasa kecil dan mereka yang member nikmat hidup kepada keduanya. (Imam Tirmidzi)

Berbuat baiklah kamu kepada kedua ibu bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu."

Terima kasih ibu abah kerana mampu membesarkan, mendidik dan menyediakan keperluan kami adik-beradik dengan cukup sempurna sehingga kami menjadi orang yang berguna Inshaa Allah didunia dan akhirat. Inshaa Allah juga, jasa dan usaha ibu dan abah takkan kami sia-siakan. Teruslah mendoakan kami menjadi anak-anak yang soleh solehah dan cemerlang di dunia dan akhirat. Amin.

“Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, rahmatilah dan peliharalah mereka sepertimana mereka memeliharaku semasa kecil. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”


Sekadar renungan…

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim:

“Seseorang anak tidak mampu untuk membalas jasa kedua orang tuanya kecuali apabila dia mendapati mereka itu menjadi hamba sahaya, maka dia membeli mereka dan membebaskan mereka.”

1st Award From AmOi.! ^___^

kenal as yusra.? o.O.??

scholarship.