TIP.TOP

easy statistics

Wednesday, December 12, 2012

Warkah dari Adindaku


Bismillahirrahmaannirrahim~

Hari ni aku terima satu warkah… warkah yang penuh dengan harapan dan doa…
Warkah dari Adindaku yang jauh dimata tetapi sentiasa ada untukku,

“Diantara tanda-tanda kebesaran-Nya, dia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram disampingnya dan dijadikan antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semua itu menjadi tanda-tanda bagi orang yang berfikir.” (Ar-Rum: 21)
Renung-renungkan..~

Mohonlah petunjuk Allah dalam setiap perkara yang ingin kita hadapi pada masa hadapan, dan Dia adalah sebaik-baik perancang.. Kadang ada perkara yang kita tak suka tapi itulah yang baik untuk kita. Kadang ada perkara yang kita suka sedangkan itu buruk untuk kita dan agama.

Muhasabah diri, setiap dari kita adalah Khalifah Allah, jelaskan Matlamat sebenar kita hidup atas dunia ini.

Nikah itu ibadah, jalan kearah pernikahan itu indah sekiranya disandarkan sepenuhnya pada Yang Maha Esa. Ianya melibatkan urusan akhirat kita. Sekiranya jalan yang kita pilih itu semata-mata mengharapkan redha-Nya, inshaa Allah Dia akan permudahkan semua urusan kita.. 

Baitul muslim hanyalah sandaran, Baitul dakwah itulah yang paling utama.

Belajar dari sekarang untuk tekan butang ‘pause’ dari berhibur, kerana hiburan yang paling indah adalah di syurga Allah kelak.

Teguran ini perkongsian dari saudaramu di dunia yang mengasihimu kerana Allah.. bukan hanya sebagai perkongsian, bukan hanya sebagai peringatan, bukan jua untuk difikirkan tetapi jua untuk diambil tindakan.

Berhijrahlah saudaraku~ bersedialah untuk diuji dengan ujian yang lebih hebat kelak, kerana itulah tujuan kita dihidupkan atas muka bumi ini. Moga-moga Islam menemui kemenangan dengan adanya insane-insan hebat yang berjuabg demi Islam… Amin!!

Kekandaku sayang, aku kasih kepadamu kerana Allah.. moga kau menjadi insan solehah yang cemerlang! Amin3 =’)


Jauh aku menung di depan pc. Aku mati kata-kata. Otak terus ligat berfikir dan berfikir…


No comments:

Post a Comment

1st Award From AmOi.! ^___^

kenal as yusra.? o.O.??

scholarship.